Skip to content
You are here: Home
Pengumuman Mesyuarat PIBG 2012 PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 23 February 2012 15:37

Mesyuarat Agong PIBG Smk Bandarbarubangi akan diadakan pada Sabtu ini 25/2/2012 mulai jam 8 pagi. Semua Ibubapa kepada pelajar sekolah ini dijemput hadir. Marilah kita bersama membangunkan sekolah anak-anak kita kearah kecemerlangan Dunia dan Akhirat. Mesyuarat dijangkakan akan disisipkan Ceramah Keibubapaan Oleh Penceramah IKIM.fm


 
Pengumuman PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 05 February 2012 08:52

Pengumuman.

1. Sabtu ini 11 Feb 2012 adalah Hari Sekolah Ganti. Sila ikut jadual waktu hari Khamis.

2. Sila beritahu ibubapa/penjaga anda akan tarikh ini iaitu 25 Feb 2012 jam 8 pagi adalah Tarikh Mesyuarat Agong PIBG. Sila sampaikan surat usul yang guru kelas (sudah diberi kepada anda) kepada ibubapa anda dan kembalikan segera. Mohon ibubapa yang menulis usul agar hadir ke mesyuarat PIBG tersebut. Terimakasih.


 
Permohonan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 26 November 2011 01:38

Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

 

Syarat-syarat Umum:

 

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.

Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.

Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

 

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.

Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.

Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

 

 

Negara perlukan ramai pakar dalam bidang kemahiran, Pelajar Tg3 2011, mohon segera sebelum terlambat, apa juga keputusan Percubaan PMR anda, cubalah memohon. Tolong sebarkan kepada pelajar lain. Terimakasih.

 
<< Start < Prev 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 Next > End >>

Page 67 of 75

SMK Bandar Baru Bangi


Photo Cube Generator

Maklumat Sekolah

Maklumat Terkini

Alamat : SMK Bandar Baru Bangi

Jalan 2,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon : 03 89250245

Fax : 03 89251590

Email : bea4603@btpnsel.edu.my

Data

Bilangan Pelajar

Lelaki 1000

Perempuan 1023

Jumlah 2023

Guru

Lelaki 11

Perempuan 107

Sekolah Bestari Rintis Semenjak 1999

Who's Online

We have 15 guests online

Anda Dah Solat?

Sekolah Bestari

Guru Guru SMKBBB

Maklumat Terkini

**Di Doakan anda Berjaya, Kaya, Sihat, Bahagia dan DiBerkati.  **

Taman Taman Sekolah

Galeri Gambar Blog

Login Form



Pendidikan

.

Maklumat Website

.

Suasana Sekolah

KPM

Banner